Isnin, 6 Disember 2010

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...






DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...

Khamis, 25 November 2010

Minda: Umat akhir zaman sia-siakan solat

SOLAT Subuh hanya dua rakaat tetapi fadilat dan ganjaran pahalanya amat besar.

Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini, ramai umat Islam khususnya generasi muda sangat berat untuk bangun melaksanakan solat Subuh.

Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering diberikan.

Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w.

Kata Nabi: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh.


Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah.

Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjemaah di masjid.

Rasulullah juga ada mengatakan solat berjemaah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jemaah semakin hambar.

Masjid hanya akan penuh ketika solat Jumaat atau solat Aidilfitri dan Aidiladha.

Bagaimana pada waktu Subuh dan Isyak? Adalah dua atau tiga saf, kebanyakannya terdiri daripada warga emas.

Di mana anak-anak muda kita? Masih berselimut jawapannya! Berikut dipaparkan sebuah kisah yang menggambarkan mukmin begitu menjaga solat berjemaah dan kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.

Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri, iaitu guru kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud menceritakan yang dia tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjemaah.

Katanya lagi: “Ditakdirkan Allah, pada suatu malam aku didatangi tetamu sehingga membuatku terlewat untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid.

Sesudah tamuku pulang, aku bergegas ke masjid di sekitar Basrah untuk meninjau kalau-kalau ada yang belum mengerjakan solat Isyak berjemaah.

Namun, aku kecewa kerana semuanya telah selesai mengerjakannya, malah pintu masjid pun sudah berkunci.

“Lantas aku pun pulang dengan perasaan hampa sambil dalam perjalanan pulang aku teringat satu peringatan Rasulullah yang berbunyi: “Sesungguhnya solat berjemaah itu 27 kali ganda darjatnya jika dibandingkan dengan solat seorang diri.” Kemudian sambung beliau lagi: “Sesampai di rumah, aku mendirikan solat Isyak 27 kali, selepas itu barulah aku tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat ada sekumpulan manusia menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

“Ketika saat hampir dengan kedudukan mereka, salah seorang daripada mereka itu berkata: “Kamu tidak akan mampu mengejar kami, sebab kami mengerjakan solat berjemaah di masjid sedangkan kamu hanya bersendirian di rumah.” Selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan orang itu, aku terjaga daripada tidur dan aku sangat susah hati.” Inilah secebis kisah bagaimana orang terdahulu begitu mengambil berat soal solat berjemaah.

Kita bagaimana? Adakah kita susah hati seandainya tertinggal solat berjemaah? Saya pasti ramai tidak berasa bersalah atau kecewa.

Sekarang mari kita baca dan renungkan kisah yang mungkin akan memberikan impak positif kepada daya fikir agar mendidik diri sentiasa mendirikan solat lebih-lebih lagi secara berjemaah.

Dikatakan pada suatu ketika, malaikat Jibril a.s.

datang menemui Rasulullah sambil mengatakan: “Bacalah.” Jawab Nabi: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?” Kemudian Jibril pun membaca ayat 59 Surah Maryam iaitu: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang lebih buruk, yang mensia-siakan solat dan menuruti hawa nafsunya, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.” Lantas Rasulullah bertanya: “Ya Jibril, adakah sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan umatku yang mensia-siakan solat?” Jawab Jibril: “Ya ada.

Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan waktu dari waktu yang ditentukan dan memperturutkan kehendak nafsunya.

Wang satu dinar baginya lebih berharga daripada solat.” Subhanallah, memang benar ramalan Jibril itu.

Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah umat Islam lebih sayangkan masa dengan menggembleng tenaga untuk mengejar kebendaan duniawi.

Kita sudah pun berada dalam zaman yang diperkatakan Jibril itu.

Kita boleh menilai kedudukan iman diri sendiri setakat mana tebalnya dengan melihat apakah hati kita sentiasa terpaut pada masjid bagi mengerjakan solat berjemaah.

Kita boleh juga jadikan kerajinan mengunjungi masjid atau surau bagi menunaikan solat berjemaah sebagai kayu pengukur kepadatan iman kita.

Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid bersolat berjemaah.

Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh.

Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).

Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.

Semoga kita semua dibukakan pintu hati dan digagahi semangat untuk solat berjemaah sama ada di masjid ataupun surau.

Insya-Allah kita semua mampu melakukannya

Khamis, 4 November 2010

Banjir di Jitra.. 2November 2010

Hujan adalah rahmat.. tetapi bila ia menjadi banjir.. maka bencana alam disebut orang..
Banjir di Jitra pada 2 Nov 2010.. gambar diambil oleh seorg juru gambar yg tidak mendapat sebarang kursus.. tengok sajalah dan ambil iktibar..













Katak Afrika makan tikus tanah


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.


LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.

Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.

Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.

Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu.

"Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.

Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.

Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.

Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.

Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.

Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.

Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.

Khamis, 23 September 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

Sabtu, 24 Julai 2010

Kopitiam seluruh negara diragui

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Sabtu, 17 Julai 2010

Haram pakai jersi lambang salib


NOOH GADOT


KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

PERINGATAN:

Jangan dok kira nak bergaya dgn jenama ~~~



Kos sara hidup tertinggi

Masyarakat seluruh dunia mungkin akan berfikir beberapa kali sebelum membuat keputusan mendiami bandar raya-bandar raya yang terkenal mewah dan mahal, tetapi tidak bagi golongan elit dan hartawan.




"SAYA pernah mengunjungi teman baik yang bekerja dan tinggal di sebuah apartmen studio di pinggir bandar raya Tokyo. Dia perlu membayar sewa sebanyak RM3,000 sebulan, lebih mahal berbanding sewa yang saya bayar untuk apartmen tiga bilik di bandar Mie, utara Jepun.

"Kos sara hidup di sana sangat tinggi. Kalau saya tinggal di sana gaji sebulan saya tidak cukup untuk menampung makan minum selepas membayar sewa rumah," kata Mohd. Hafiz Abd. Kadir, 27, yang pernah tinggal selama hampir enam tahun di Jepun.

Menurut Hafiz yang tinggal dan bekerja di bandar Yamanashi yang terletak di arah barat bandar raya Tokyo dua tahun lalu, walaupun dia menyewa di kawasan kurang membangun berbanding Tokyo, dia masih perlu membayar sewa rumah kira-kira RM2,000 sebulan untuk sebuah apartmen biasa.

"Ketika tinggal di sini, saya jarang membeli makanan di luar kerana agak mahal. Kebanyakan pelajar dan pekerja asing di sini lebih gemar memasak sendiri di rumah bagi mengurangkan kos sara hidup.

"Tetapi, pendapatan penduduk di sini agak tinggi. Sehubungan itu walaupun kos sara hidup tinggi, mereka masih mampu menampung perbelanjaan seharian," katanya yang menamatkan pengajian di Universiti Mie, utara Jepun empat tahun lalu.

Di Jepun katanya, ramai pekerja dan pelajar Malaysia mempunyai pekerjaan sampingan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Sebelum bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Yamanashi, dia juga pernah bekerja sampingan menghantar akhbar dari rumah ke rumah.

Nilai hidup di Tokyo

"Saya perlu bekerja seawal pukul 2.30 pagi untuk menghantar akhbar dengan basikal. Rata-rata penduduk juga menggunakan basikal, malah ketika belajar di universiti, 95 peratus pelajar menggunakan basikal termasuk pensyarah," katanya.

Jepun mendahului negara-negara maju lain sebagai negara yang mempunyai bandar raya termahal untuk diduduki pada tahun 2010. Tangga bandar raya termahal itu bagaimanapun berubah dari tahun ke tahun.


KAJIAN ke atas 77 bandar raya menunjukkan pekerja di Copenhagen, Denmark mempunyai pendapatan tertinggi.


Menurut ECA International dan BusinessWeek, bandar raya termahal untuk diduduki pada tahun ini ialah Tokyo, Jepun. Pertama kali Tokyo diumumkan terletak di tangga teratas oleh ECA International ialah pada tahun 2005.

Ketinggian nilai hidup di Tokyo dapat dilihat melalui kos sara hidup asasnya seperti makan tengah hari biasa yang bernilai AS$18 (RM57.70), sekilogram beras berharga AS$8.47 (RM27.15) dan sedozen telur berharga AS$3.37 (RM12.10).

Sebagai tambahan kos-kos berkenaan, harga sewa apartmen dua bilik untuk ekspatriat berjumlah kira-kira AS$5,000 (RM16,027.50).

Oslo, di Norway diiktiraf sebagai bandar raya kedua termahal untuk diduduki berdasarkan nilai mata wangnya. Tahun lalu, Oslo sekadar menduduki tangga ke lapan.

Pendapatan tertinggi

Untuk menikmati makan tengah hari di bandar raya ini, seseorang perlu mengeluarkan belanja sebanyak AS$43 (RM137.80), manakala sekilogram beras berharga AS$5.66 (RM18.10) dan sedozen telur pula berharga AS$6.72 (RM21.50).


DAERAH beli-belah, Ginza di Tokyo antara lokasi termahal di Jepun.


ECA International berkata, trend peningkatan harga minyak, tempoh kegawatan ekonomi yang pendek dan reputasi Norway sebagai lokasi pelaburan selamat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup di bandar raya berkenaan.

Nilai taraf hidup di Luanda, Angola sebagai bandar raya termahal tahun lalu turun tiga anak tangga apabila bandar raya berkenaan tampil tempat ketiga tahun ini akibat kemerosotan ekonominya.


STAVANGER, Norway berada di tangga keenam sebagai bandar raya termahal di dunia.


Di sini, seseorang perlu mengeluarkan belanja sebanyak AS$47 (RM150.70) untuk makan tengah hari, AS$(RM15.20) untuk membeli sekilogram beras dan sedozen telur. Tiket wayang pula bernilai AS$13 (RM41.70) setiap satu.




Sebagai tambahan kepada keperluan harian, ECA International menganggarkan bahawa rata-rata ekspatriat perlu membayar lebih daripada AS$3,500 (RM11,219) untuk menyewa flat dua bilik di Luanda.

Tahun lalu, Nagoya terletak di tangga ketiga namun jatuh satu anak tangga tahun ini. Nagoya ialah lokasi penting sebagai pusat perniagaan, di mana kira-kira 44 peratus automobil di Jepun dikeluarkan di sini.

Syarikat-syarikat seperti Toyota, Honda, Suzuki, Mitsubishi, Volkswagen dan General Motors mempunyai ibu pejabat, operasi pembuatan dan pusat pengedaran di Nagoya.

Di sini, untuk menikmati makan tengah hari di restoran seseorang perlu mengeluarkan belanja kira-kira AS$19 (RM60.90), AS$9.14 (RM29.30) untuk membeli sekilogram beras dan AS$3.33(RM10.70) untuk membeli sedozen telur.

Pendapatan perkapita

Yokohama pula duduk di tangga kelima tahun ini. Bandar raya yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan menaiki komuter daripada Tokyo ini aktif dengan aktiviti perkapalan, bioteknologi dan industri semi konduktor.

Di Yokohama, untuk makan tengah hari di restoran seseorang perlu mengeluarkan belanja sebanyak AS$17.39 (RM55.70), manakala untuk membeli sekilogram beras pula ia berharga AS$6.54 (RM21) dan sedozen telur AS$ (RM12). Tiket wayang pula berharga AS$19.50 (RM62.50) setiap satu.

Kedudukan Stavanger naik mendadak ke tangga keenam walaupun hanya berada di tangga ke-14 tahun lalu. Bandar raya kecil yang terletak di pesisir pantai itu kaya dengan minyak di laut utara dan dikenali sebagai pusat petroleum Norway.

Untuk makan tengah hari di restoran di sini ia bernilai AS$33 (RM105.80) untuk seorang, manakala harga sekilogram beras ialah AS$5.71 (RM18.30) dan sedozen telur berharga AS$6.34 (RM20.30).

Sebuah lagi bandar raya mahal di Jepun ialah Kobe yang menduduki tangga ketujuh antara bandar raya termahal di dunia. Ia terkenal kerana menjadi rumah kepada banyak syarikat mesin berat, besi dan keluli serta produk makanan.

Menurut Organisasi Perdagangan Luar Jepun, 117 syarikat asing mempunyai pejabat di Kobe. Harga makanan agak mahal iaitu AS$16 (RM51.30) untuk makan tengah hari di restoran, AS$8.57 (RM27.50) untuk sekilogram beras dan AS$2.81 (RM9) untuk sedozen telur.


HAFIZ (kiri) bersama salah seorang rakannya yang pernah menetap di pinggir bandar Tokyo mengakui kos sara hidup di Tokyo sangat tinggi.


Denmark mewakilkan Copenhagen sebagai bandar raya kelapan termahal di dunia untuk didiami. Satu kajian dilakukan tahun lalu ke atas 77 bandar raya menunjukkan pekerja di Copenhagen mempunyai pendapatan tertinggi.

Contoh kos kehidupan di sini ialah untuk menyewa sekeping DVD ia berharga AS$8 (RM25.60), sepasang seluar jean berharga lebih AS$150 (RM480.80) dan tiket perjalanan sehala menggunakan pengangkutan awam berharga kira-kira AS$3.70 (RM11.90).

Selain itu, untuk makan tengah hari di restoran seseorang perlu mengeluarkan belanja sebanyak AS$36 (RM115.40), sekilogram beras berharga AS$4.85 (RM15.50) dan sedozen telur pula berharga AS$6.99 (RM22.40).

Geneva kekal di tangga ke sembilan berbanding tahun lalu. Harga makanan di sini adalah 45 peratus lebih mahal berbanding tempat-tempat lain di Eropah Barat.

Untuk makan tengah hari di restoran di bandar raya ini, seseorang perlu menyediakan belanja kira-kira AS$25 (RM96.20), AS$3.81 (RM12.20) untuk membeli sekilogram beras dan AS$7.64 (RM24.50) untuk membeli sedozen telur.

Tangga kesepuluh diduduki oleh Zurich, Switzerland yang merupakan pusat perniagaan utama dan ibu pejabat untuk banyak syarikat kewangan, termasuk UBS dan Credit Suisse.

Di sini, untuk makan tengah hari jumlah wang yang perlu ada adalah sekurang-kurangnya AS$25 (RM80.10), AS$3.36 (RM10.80) untuk membeli sekilogram beras dan AS$ (RM18.60) untuk membeli sedozen telur.


PEMANDANGAN di salah sebuah pasar di Nagoya. Nagoya tersenarai sebagai bandar raya ketiga termahal di dunia.


Sementara itu, Pakar Ekonomi dan Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Dr. Jariah Masud berkata, peningkatan pendapatan perkapita penduduk mendorong sesebuah bandar raya menyediakan kemudahan yang mahal kepada orang awam dan pelancong.

"Apabila penduduk mempunyai pendapatan tinggi, mereka mahukan taraf hidup yang seiring termasuk teknologi dan inovasi baru bagi melengkapi kehidupan mereka.

"Peningkatan taraf hidup juga didorong pembangunan ekonomi yang akan menarik ahli perniagaan dan pelabur untuk datang walaupun menyediakan kehidupan yang mahal," katanya.

Jelas Jariah, kehidupan yang mahal tersebut tidak menjejaskan sektor pelancongan apabila ia menjadi tumpuan golongan tertentu yang berkemampuan serta menjalani gaya hidup yang mewah.

Khamis, 1 Julai 2010

imaginasi hebat seorang pelajar

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Jumaat, 28 Mei 2010

8 tugas penting yang memerlukan perhatian lebih pada zaman remaja.


Ahli psikologi Barat, Robert J Havighurst menyenaraikan lapan tugas penting yang memerlukan perhatian lebih pada zaman remaja.


  • Pertama, membentuk perhubungan baru yang lebih matang dengan rakan-rakan yang sama umur tidak kira lelaki atau perempuan

  • Kedua, boleh memainkan peranan dalam kehidupan sosial yang baik sama ada lelaki atau perempuan

  • Ketiga, menerima hakikat bentuk badan sendiri dan menggunakan kelebihan diri dengan berkesan

  • Keempat, mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa yang lain

  • Kelima, bersedia untuk berkahwin dan bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarga

  • Keenam, bersedia untuk bekerja

  • Ketujuh, memperoleh satu set nilai dan satu sistem etika sebagai panduan tingkah laku untuk membentuk satu ideologi

  • Kelapan, mengingini dan menerima tanggungjawab serta tingkah laku bersosial.

    Khamis, 27 Mei 2010

    Hari Guru 2010


    Selamat Hari Guru ~~~~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

    koir guru dipimpin oleh ckgu Lai

    Gubahan bunga geng pengetua
    (dapat naib johan juri bodek pengetua)

    florists yg telah berjaya mengubah flower plastic menjadi
    gubahan bunga plastik


    guru2 yg berbakat


    Guru Rumah Syahbandar
    Johan Boling Buah Nyok


    Demam peperiksaan

    Peperiksaan bukan satu penyakit...
    tetapi kenapa semua pelajar bimbang dgn perkataan peperiksaan@ujian@test.. takut cikgu .. kami x dan baca buku... kami x dan ulangkaji.. 'x dan' .. bila yg 'dan' pun x tau.. (*dan*= sempat) ....

    setiap kali semakin dekat hari
    peperiksaan @ ujian @ test sebilangan pelajar mula la mengepit buku di bawah ketiak(yg busuk) ke hulu ke hilir..

    masa perhimpunan pun nak baca buku ..konon nak tunjuk rajin..tapi x kena tempat...

    masalahnya bila ckgu x dak @ ckgu lewat masuk dalam kelas depa guna masa tu untuk bergosip.. cerita mengenai telenovela semasa.. yg tu depa 'dan' pula...

    kepada semua pelajar.. pengurusan masa yg baik akan menjadikan kamu org yg bijak akhirnya.. Jangan tunggu hingga sangat akhir baru membuat ulangkaji...